Jawatan Kosong Pembantu Awam ( Pelbagai Kementerian/Jabatan ) | Tarikh Tutup: 18 October 2020

Peluang Kerjaya di Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung dan Lelaki Sahaja).



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Pelbagai Kementerian/Jabatan seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : PEMBANTU AWAM GRED H11


Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : 
  • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
  • Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung dan Lelaki Sahaja)

Kekosongan : 156 | Simpanan : 1000

Jadual Gaji : RM1,218.00 - RMRM2,939.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00)
(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia) (Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)

Deskripsi Tugas:
  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/pmr-pt3/pembantu-awam-gred-h11

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 18 October 2020 (Ahad) jam 11.59 malam

Daftar Pencari Kerja Sekarang