Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia | Tarikh Tutup: 04 November 2020

Peluang Kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia.



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : PEGAWAI PEGAWAI SAINS GRED C41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kem / Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Kekosongan : 3 | Simpanan : 30

Jadual Gaji : RM2,317.00 - RM9,620.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan :
1). Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)

Syarat Kelayajan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secaara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
    i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
   iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Pecahan Bidang :
Kementerian Kesihatan Malaysia -
  • Mikrobiologi - bidang Mikrobiologi
  • Kimia Hayat - bidang Biokimia
  • Genetik - Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  • Embriologi - Biologi, Genetik
  • Forensik - Sains Forensik
  • Fizik - Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  • Biomedikal - Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  • Kaji Serangga - Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  • Pemakanan - Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - 
  • Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-sains-gred-c41

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 04 November 2020 (Rabu) jam 11.59 malam

DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA