Jawatan Kosong Mahkamah Persekutuan Malaysia | Tarikh Tutup: 26 October 2020

Peluang Kerjaya di Mahkamah Perseketuan Malaysia.



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Mahkamah Perseketuan Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : JURUBAHASA GRED LA19

Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Kem / Jab : Jabatan Mahkamah/Mahkamah Persekutuan/pelbagai Jabatan

Kekosongan : 17 | Simpanan : 50

Jadual Gaji : RM1,355.00 - RM4,007.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c)Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred
C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,355.00)
atau
      (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,411.40)
atau
      (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,467.80)

Deskripsi Kerja :
Bertanggungjawab menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/ merekodkan prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan Buku Ekshibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan harian/ bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada Hakim.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/jurubahasa-gred-la19

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 26 Oktober 2020 (Isnin) jam 11.59 malam

DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA