Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) | Tarikh Tutup: 13 October 2020

Peluang Kerjaya di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : PEMELIHARA HUTAN GRED G41


Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kem / Jab : Kementerian Perusahaan Utama/Jabatan Perhutanan

Kekosongan : 9 | Simpanan : 20

Jadual Gaji : RM2,084.00 - RM9,551.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a)warganegara Malaysia;  
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37)  
 
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :  
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pemelihara Hutan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemelihara Hutan Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan  
(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

http://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pemelihara-hutan-gred-g41

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 13 October 2020 (Selasa) jam 11.59 malam

Daftar Pencari Kerja Sekarang