Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Tarikh Tutup: 11 October 2020

Peluang Kerjaya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19


Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/ Pelbagai Jabatan

Kekosongan : 30 | Simpanan : 60

Jadual Gaji : RM1,352.00 - RM4,003.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau
      ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau
      iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1464.80)

Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

http://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pembantu-hal-ehwal-islam-gred-s19

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 11 October 2020 (Ahad) jam 11.59 malam

Daftar Pencari Kerja Sekarang