Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis | Tarikh Tutup: 12 Julai 2020

Peluang Kerjaya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN GRED H11


Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Kekosongan : 8 | Simpanan : 10

Jadual Gaji : RM1,218.00 - RM2,939.00

Syarat Lantikan :
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/pmr-pt3/pemandu-kenderaan-gred-h11

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 12 Julai 2020 (Ahad) jam 11.59 malam

Daftar Pencari Kerja Sekarang