Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan | Tarikh Tutup: 06 Julai 2020

Peluang Kerjaya di Kementerian Belia dan Sukan.



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Kementerian Belia dan Sukan seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : LASKAR KELAS II MARITIM GRED T1


Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Kementerian Belia dan Sukan

Kekosongan : 17 | Simpanan : 17

Jadual Gaji : RM1,362.00 - RM5,092.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b.. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
    ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
    iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Belia dan Sukan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stp-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-belia-dan-sukan-gred-s29

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 06 Julai 2020 (Isnin) jam 11.59 malam

Daftar Pencari Kerja Sekarang