Jawatan Kosong Pegawai Perubatan Gred UD41 / Pegawai Pergigian Gred U41 / Pegawai Farmasi Gred U41

Permohonan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41/Pegawai Pergigian Gred U41/Pegawai Farmasi Gred U41

Siapa yang boleh memohon jawatan ini?

Semua graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred U41 dan Pegawai Farmasi Gred U41

Bagaimana Untuk Memohon ?

Calon – calon perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Ruangan yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:

(i) Daftar masuk SPA8i di http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp atau http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp


(ii) Lengkapkan ‘Maklumat Permohonan’ dan Klik ‘SIMPAN’


(iii) Lengkapkan ‘Maklumat Akademik’ yang berkaitan (PMR/SRP/LCE atau SPM/MCE/SPAM (V) atau STPM/STP/HSC) dan Klik ‘SIMPAN’


Bagaimana calon dimaklumkan mengenai panggilan temuduga?

Pihak SPA akan menghubungi calon – calon melalui surat/emel/sms untuk memaklumkan mengenai penjadualan temu duga. Calon – calon juga boleh membuat semakan di Portal SPA dari semasa ke semasa.

Apa yang perlu dibawah semasa temuduga?

Calon perlu membawa bersama resume bergambar serta dokumen asal dan salinan seperti berikut:
  • Sijil Kelahiran;
  • Kad Pengenalan;
  • Sijil SPM;
  • Transkrip dan skrol ijazah;
  • Sijil Pendaftaran dengan Badan Profesional; dan
  • Surat tawaran biasiswa (jika berkaitan)

Bilakah saya akan mendapat tawaran jika berjaya temuduga?

Calon – calon yang berjaya temu duga akan dimaklumkan di Portal SPA dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir temu duga. Surat tawaran akan dikemukakan kepada calon melalui pos.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:
Puan Normah binti Muslim - 03-8885 6313
normahm@spa.gov.my

Puan Noor Shahida binti Ramli - 03-8885 6338
shahida@spa.gov.my

Cik Zuraini binti Hamdan - 03-8885 6339
zuraini@spa.gov.my

Encik Azri Alwan bin Nordin - 03-8885 6137
alwan@spa.gov.my

Encik Asrulnazwan bin Ibrahim - 03-8885 6476
asrulnazwan@spa.gov.my

Daftar Pencari Kerja Sekarang